Wednesday, April 16, 2008

ALHAMDULILLAH

ASSALAMUALAIKUM dan salah sejahtera semua.
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya hasrat saya untuk memiliki blogspot atau media sendiri telah tercapai. Meskipun mediaum ini amat sederhana sifatnya tetapi ia amat bermakna bagi saya kerana melaluinya saya dapat meluahkan suara hati sendiri tanpa kekangan sesiapa. Sesungguhnya, saya juga akan mula menjadi bloggers yang sudah tentunya bersifat bijak dalam memperkatakan pelbagai hal terutamanya soal politik. Sesungguhnya, tidak dinafikan bahawa keputusan Pilihanraya Umum Ke-12, telah cukup mendorong saya untuk bersifat lebih terbuka untuk memberi pendapat terhadap soal politik. Semoga pandangan, buah fikiran dan apa saja yang ditulis di sini dapat dikongsi bersama untuk kebaikan bersama. Selamat Berkongsi.